Saturday, October 24, 2009

Lawatan Kerja Penolong Pengarah, Unit Penghapusan


22 Okt 2009
1:45 Ptg
Lawatan singkat daripada Penolong pengarah, Unit Penghapusan dari Kira-kira, BSB, beserta para Pegawai dan kakitangan ke cawangan Unit Penghapusan Daerah Tutong.

Lawatan bagi meninjau secara dekat keadaan dan perkembangan Unit ini. Beberapa perkara telah dibincangkan.

Terima kasih diucapkan atas lawatan yang dibuat. Semoga lawatan ini akan memberikan impak yang komprehensif.

Saturday, October 3, 2009

Jadual Menghapus & Melelong HBK

Berikut adalah Jadual menghapus dan melelong Harta Benda Kerajaan dibawah kawalan Kementerian Pendidikan , Negara Brunei Darussalam. Kebenaran KKW/Z/493/43

1) Sek. Rendah Panchong, Tut II ( 1/10/09 - Khamis)
Alatan Pejabat, Pemadam api, Sukatan& timbangan, peralatan kebun ( 25 Unit)

2) Jabatan Kenaziran sekolah-sekolah, Tutong ( 3/10/09 - Sabtu)
Alat Penghawa dingin ( 1 Unit )

3) Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Tutong ( 3/10/09 - Sabtu )
Alat Penghawa dingin ( 12 Unit )

4) Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong ( 7/10/09 - Rabu )
Peralatan Komputer, Pejabat dan Asrama ( 490 Unit )

5) Sek. Rendah Sinaut, Tutong I ( 10/10/09 - Sabtu )
Peralatan Komputer ( 55 Unit )

6) Sek. Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tutong ( 12/12/09 - Isnin )
Peralatan Komputer dan Pejabat ( 88 Unit )

7) Unit Kenderaan & Pengangkutan, Tutong ( 13/10/09 - Selasa )
Penghawa dingin ( 3 Unit )

8) Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong ( 13/10/09 - Selasa )
Alat Penghawa dingin ( 2 Unit )

9) Sek. Rendah Long Mayan, Tutong II ( 14/10/09 - Rabu )
Peralatan Komputer ( 19 Unit )

10)Sek. Menengah Sayyidina 'Othman Tutong ( 15/10/09 - Khamis )
Perabot sekolah ( 90 Unit )

11)Sek. Rendah Danau, Tutong II ( 17/10/09 - Sabtu )
Penghawa dingin ( 12 Unit )


Diharap pihak yang telah mendapat kebenaran agar menyediakan perkara yang perlu seperti, fail(borang) permohonan yang mendapat kebenaran, Buku simpanan dan harta benda yang hendak dihapuskan/ dilelong.

Pihak Unit tidak lupa merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan.

WOTT I


Friday, August 28, 2009

MAJLIS BERTEDARUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan sekali lagi telah mengadakan Majlis bertedarus dan Tahlil sempena menyemarakkan bulan Ramadhan. Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikannya.
Masjid Kampong Bukit Panggal, Tutong telah dipilih untuk Majlis tersebut. Majlis ini merupakan acara tahunan Kementerian dan akan dilansungkan di keempat-empat Daerah selain di kediaman Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan sendiri.





Majlis diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Do'a Arwah serta penyampaian Wakaf daripada Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitanggan Kementerian Pendidikan.


WOTT1

Friday, August 21, 2009

Monday, August 17, 2009

Majlis Tahlil dan Perpisahan Pegawai Bersara

Khamis
13 Ogos 2009




Majlis dimulai dengan Acara bertahlil yang diketuai oleh Ketua Unit Daerah Temburong. Seterusnya dilansungkan majlis meraikan 2 orang pegawai Unit ini yang akan bersara iaitu Ketua penyelaras Unit Penghapusan, Cg Hj Mahali dan Cg Hjh Sharifah. Penyampaian Cenderahati disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit ini sendiri iaitu Pg Hj Metassan b. Pg Hj Jumat. Bacaan doa selamat diketuai oleh Ketua Unit Daerah Tutong.
Semoga jasa dan bakti Pegawai yang bersara akan dikenang dan dijadikan tauladan kepada yang masih berkhidmat. Mewakili semua pegawai dan kakitangan Unit Penghapusan dari Kira-kira, mengucapkan selamat bersara dan menempuh alam persaraan dengan tenang dan rahmat. Segala kesalahan dan kesilapan harap dimaafkan.





Thursday, August 6, 2009

Sesi Taklimat

Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tutong
5 Ogos 2009
2:15 pm

Hadir mendengar taklimat terdiri dari Timbalan-timbalan pengetua, Guru kanan dan guru-guru pengawas buku simpanan. Taklimat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan melalui interaksi antara dua pihak. Sesi soaljawab dan penerangan secara praktik telah dibuat. Diharap dengan adanya sesi taklimat ini, pihak sekolah akan lebih memahami prosedur pengisian buku simpanan, penyemakkan, tatacara permohonan penghapusan serta penjagaan 7 pengawalan harta benda kerajaan dibawah kawalan masing-masing. Perkara ini berhubung kait dengan Peraturan Kewangan 1983. Diantaranya FR501, FR 575 dan FR576 , ketua Jabatan / Pengetua adalah bertanggungjawab setiap terhadap setiap harta benda dibawah kawalannya.

Pihak Unit Penghapusan dari kira-kira Tutong dan BSB, merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Dan tahniah pada Pihak sekolah atas inisiatif untuk mengambil perhatian dan maklum bagi membisaikan lagi buku simpanan dan HBK.

Saturday, August 1, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL ( Ogos 09)

lawatan bagi bulan Julai sudah selesai dan berjalan dengan lancar. Rata-rata pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang baik. Pihak Unit merakankan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah jadual lawatan bagi bulan Ogos;
Lawatan bermula pada 9:00 pagi

1) Sabtu - 1 Ogos 2009 ( SM Muda Hashim Tutong)
2) Isnin - 3 Ogos 2009 ( SR. Lamunin )
3) Selasa - 4 Ogos 2009 ( SM Sufri Bolkiah )
4) Khamis - 6 Ogos 2009 ( SR Binturan )
5) Sabtu - 8 Ogos 2009 ( SR PKN Bukit Beruang )
6) Isnin - 10 Ogos 2009 ( SR Benutan )
7) Selasa - 11 Ogos 2009 ( SR PDN PJ Sengkarai )
8) Khamis - 13 Ogos 2009 ( SR Kiudang )
9) Sabtu - 15 Ogos 2009 ( SR Tumpuan Telisai )
10) Isnin - 17 Ogos 2009 ( SR Bukit Panggal )
11) Selasa - 18 Ogos 2009 ( SR Penapar )
12) Khamis - 20 Ogos 2009 ( SR Birau )
13) Isnin - 24 Ogos 2009 ( SR DPS Ukong )

Pihak Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong, berharap kesemua lawatan ini akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah. Pihak Unit juga menyarankan agar pihak sekolah akan bersedia untuk lawatan tersebut. Terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan nanti.
WOTT 1

Wednesday, July 29, 2009

Staf Baru di Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong


WOTT

Abdul Rahman bin Hj Hassan

Pegawai Pelajaran

Mula berkhidmat di Unit ini

3 Jun 2009



Saturday, June 20, 2009

Jadual Lawatan Bulan Julai

Lawatan seterusnya sebagaimana jadual yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Tarikh dan institusi adalah seperti berikut;-

Bermula pada 9:00 pagi

1) SM Sayyidina 'Othman - 1/7/2009 ( Rabu )
2) SR. Batang Mitus - 2/7/2009 ( Khamis )
3) SR. Sinaut - 4/7/2009 ( Sabtu )
4) SR. Danau - 6/7/2009 ( Isnin )
5) SR. Layong - 7/7/2009 ( Selasa )
6) SR. Keriam - 9/7/2009 (Khamis )
7) SR. Lubok Pulau - 11/7/2009 ( Sabtu )
8) SR. Bakiau - 13/7/2009 ( Isnin )
9) SR Penanjong - 18/7/2009 ( Sabtu )
10) SR. AR Tanjong Maya - 22/7/2009 ( Selasa )
11) SR. Kg. Menengah - 27/7/2009 ( Isnin )
12) SM. RIPAS - 28/7/2009 ( Selasa )
13) SR Rambai - 30/7/2009 ( Khamis )

Diharap dengan adanya jadual ini, pihak sekolah akan lebih bersedia dan perihatin akan lawatan yang akan dibuat.
Sebelum itu, Pihak Unit tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan nanti.

WOTT 1

Di Unit Kenderaan


Lawatan bagi memeriksa buku simpanan, menghapuskan HBK dari kira-kira serta melelong. tugas berjalan tanpa sebarang masalah. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Unit Penghapusan

13hb Jun 2009
Ibu Pejabat Unit Penghapusan dari Kira-kira
Kementerian Pendidikan

Thursday, May 28, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL ( JUN 2009 )

Lawatan seterusnya adalah bagi Jabatan / Unit dan Bahagian yang terdapat di Daerah Tutong.
Berikut adalah jadual lawatan tersebut sebagaimana yang telah diedarkan kepada pihak-pihak yang berkenaan ;

1) 15hb Jun 2009 ( Isnin )
Jabatan Sekolah-sekolah, Tutong ( & Stor JSST) - Sesi pagi - 9:00 pagi
Unit Pendidikan Khas, Tutong - Sesi Petang - 2:00 Ptg

2) 16hb Jun 2009 ( Selasa )
Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Tutong - Sesi pagi - 9:00 pagi
Unit Kenderaan dan pengangkutan, Tutong - Sesi ptg - 2:00 Ptg

3) 17hb Jun 2009 ( Rabu )
Jabatan Kenaziran sekolah-sekolah, Tutong - Sesi pagi - 9:00 pagi
Rancangan dan permakanan Sek-sek & Asrama - Sesi ptg - 2:00 Ptg

4) 18hb Jun 2009 ( Khamis )
Jab. Perancangan dan Pengurusan Estet Sesi Pagi - 9:00 pagi
Sistem Bermaklumat Komputer ( EIS ) Sesi Ptg - 2:00 Ptg

Sekali lagi Unit ini berseru agar bersiap sedia untuk dilawati seperti buku simpanan yang sudah dikemaskinikan serta diselia. Stor dan harta benda tersusun dan dijaga dengan selayaknya.
Terlebih dahulu Unit ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan pada sesi lawatan itu nanti.
Sebarang Pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit ini.

Tuesday, May 5, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL (MEMERIKSA BUKU SIMPANAN)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong akan membuat lawatan penuh di kesemua Jabatan/Bhg/Unit serta sekolah-sekolah Menengah & Rendah di Daerah Tutong, sebagaimana dalam jadual yang diedarkan.
Lawatan pemeriksaan ini akan merujuk buku simpanan abiskita serta harta benda yang di bawah kawalan abiskita.

Dari itu dipohonkan kerjasama semua pihak untuk melicinkan tugas-tugas ini. Sekolah yang akan dilawati pada bulan Mei adalah seperti berikut;



1) SR. Kg Bukit, Tut II ( 11/05/09)
2) SR. Bukit Udal, Tut II ( 12/05/09)
3) SR. Pg Muda Mahkota, Tut 1 ( 13/05/09)
4) SM. PDNPJ Sengkarai ( 14/05/09)
5) SR. Tutong Kem, Tut 1 ( 16/05/09)
6) SR. OKAWSD Kupang, Tut I ( 18/05/09)
7) SR. Panchong, Tut II ( 19/05/09)
8) SR. Muda Hashim, Tut I (20/05/09)

Lawatan bermula pada jam 9:00 pagi.

Diharap lawatan kerja ini akan mendapat kerjasama daripada semua Ketua-ketua Jabatan/Unit/Bhg, Para Pengetua dan juga Guru-guru besar di Daerah Tutong. Sama-samalah kitani menjaga harta benda kerajaan sebagaimana dalam Peraturan Kewangan FR501, FR502 , FR575, FR576 dan FR577.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong.

Wednesday, April 29, 2009

MENANGANI KES KEBAKARAN

LAWATAN KES KEBAKARAN
Rumah guru kelas 'F' ( Sek. Ren Sinaut, Tutong )

kejadian berlaku pada 23hb April 2009 kira-kira jam7 pm
Lawatan ini bagi memantau hartabenda kerajaan yang terbakar serusnya menerangkan serta berbincang dengan pihak sekolah mengenai laporan yang perlu dihantar ke pihak Unit penghapusan dari kira-kira.

Saturday, April 11, 2009

LAWATAN KERJA SEPADU ( UNIT PENGHAPUSAN )

Para Pegawai daripada Kuala Belait (WOKB) dan Temburong (WOTM)


Cg Zabidi (WOBSB ) sedang beraksi...



9hb April 2009
Khamis
Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Pusar Ulak
Kementerian Pendidikan
BSB


Kesemua Pegawai dan kakitangan Unit Penghapusan dari kira-kira bagi kempat-empat Daerah, telah membuat lawatan dan pemeriksaan hartabenda Kerajaan dibawah kawalan Kementerian Pendidikan, yang bertempat di Stor Unit Kenderaan kementerian Pendidikan. Pemeriksaan ini menumpukan pada memeriksa keadaan Stor tersebut dan terdapat banyak harta benda yang dimiliki oleh Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan yang belum lagi dipohonkan penghapusannya...

Setelah kerja-kerja selesai dibuat, Kesemua pegawai dan kaki tangan Unit ini, berkumpul di ibu Pejabat Unit Penghapusan bagi bacaan Doa selamat dan menikmati jamuan


Sebahagian daripada hartabenda yang ada


" Cuba liat dibawahnya atu " kata KR-WOTT ( yang tunduk dibelakang )



Menikmati jamuan yang tersedia


Diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dari kesemua Cawangan Unit ini.

.......BEKARIH, BEJARIH, BELURIH......

Monday, April 6, 2009

SR LONG MAYAN, TUTONG II
9:45 am 6hb April 2009.


Lawatan kerja daripada Pegawai Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong dan BSB. Lawatan bagi memantau harta benda kerajaan dan buku simpanan sekolah ini.


Sekolah ini difahamkan tidak akan beroperasi dan akan ditutup atas nasihat beberapa pihak.


Pada sesi lawatan ini, pemeriksaan buku simpanan telah dibuat dan diadakan perbincangan terbuka antara pihak sekolah dan Unit ini. Di antara perkara yang dibincangkan adalah tatacara mengemaskinikan buku simpanan , prosedur memohon penghapusan serta tatacara untuk memohon meroboh bangunan.Penerangan dibuat dengan lebih kompehensif merujuk pada perkara yang diajukan serta maksud TIR ( laporan Teknikal ) bagi peralatan eleterik.


Terima kasih kepada Pihak warga sekolah atas kerjasama yang diberikan selama ini.







































































Sunday, February 22, 2009

UNIT PENGHAPUSAN




& salam sejahtera

Blog ini dihasilkan bagi tujuan untuk mengongsikan maklumat dan tatacara pengendalian hartabenda kerajaan berpandukan pada Peraturan Kewangan 1983. Blog ini juga akan menjadi salah satu wadah penyalur maklumat segala aktiviti Unit ini.

Diharap boleh dimanfaati bersama bagi mencapai keberkesanan mutu daya kerja yang cemerlang.