Saturday, April 11, 2009

LAWATAN KERJA SEPADU ( UNIT PENGHAPUSAN )

Para Pegawai daripada Kuala Belait (WOKB) dan Temburong (WOTM)


Cg Zabidi (WOBSB ) sedang beraksi...



9hb April 2009
Khamis
Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Pusar Ulak
Kementerian Pendidikan
BSB


Kesemua Pegawai dan kakitangan Unit Penghapusan dari kira-kira bagi kempat-empat Daerah, telah membuat lawatan dan pemeriksaan hartabenda Kerajaan dibawah kawalan Kementerian Pendidikan, yang bertempat di Stor Unit Kenderaan kementerian Pendidikan. Pemeriksaan ini menumpukan pada memeriksa keadaan Stor tersebut dan terdapat banyak harta benda yang dimiliki oleh Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan yang belum lagi dipohonkan penghapusannya...

Setelah kerja-kerja selesai dibuat, Kesemua pegawai dan kaki tangan Unit ini, berkumpul di ibu Pejabat Unit Penghapusan bagi bacaan Doa selamat dan menikmati jamuan


Sebahagian daripada hartabenda yang ada


" Cuba liat dibawahnya atu " kata KR-WOTT ( yang tunduk dibelakang )



Menikmati jamuan yang tersedia


Diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dari kesemua Cawangan Unit ini.

.......BEKARIH, BEJARIH, BELURIH......

Monday, April 6, 2009

SR LONG MAYAN, TUTONG II
9:45 am 6hb April 2009.


Lawatan kerja daripada Pegawai Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong dan BSB. Lawatan bagi memantau harta benda kerajaan dan buku simpanan sekolah ini.


Sekolah ini difahamkan tidak akan beroperasi dan akan ditutup atas nasihat beberapa pihak.


Pada sesi lawatan ini, pemeriksaan buku simpanan telah dibuat dan diadakan perbincangan terbuka antara pihak sekolah dan Unit ini. Di antara perkara yang dibincangkan adalah tatacara mengemaskinikan buku simpanan , prosedur memohon penghapusan serta tatacara untuk memohon meroboh bangunan.Penerangan dibuat dengan lebih kompehensif merujuk pada perkara yang diajukan serta maksud TIR ( laporan Teknikal ) bagi peralatan eleterik.


Terima kasih kepada Pihak warga sekolah atas kerjasama yang diberikan selama ini.