Tuesday, May 5, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL (MEMERIKSA BUKU SIMPANAN)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong akan membuat lawatan penuh di kesemua Jabatan/Bhg/Unit serta sekolah-sekolah Menengah & Rendah di Daerah Tutong, sebagaimana dalam jadual yang diedarkan.
Lawatan pemeriksaan ini akan merujuk buku simpanan abiskita serta harta benda yang di bawah kawalan abiskita.

Dari itu dipohonkan kerjasama semua pihak untuk melicinkan tugas-tugas ini. Sekolah yang akan dilawati pada bulan Mei adalah seperti berikut;



1) SR. Kg Bukit, Tut II ( 11/05/09)
2) SR. Bukit Udal, Tut II ( 12/05/09)
3) SR. Pg Muda Mahkota, Tut 1 ( 13/05/09)
4) SM. PDNPJ Sengkarai ( 14/05/09)
5) SR. Tutong Kem, Tut 1 ( 16/05/09)
6) SR. OKAWSD Kupang, Tut I ( 18/05/09)
7) SR. Panchong, Tut II ( 19/05/09)
8) SR. Muda Hashim, Tut I (20/05/09)

Lawatan bermula pada jam 9:00 pagi.

Diharap lawatan kerja ini akan mendapat kerjasama daripada semua Ketua-ketua Jabatan/Unit/Bhg, Para Pengetua dan juga Guru-guru besar di Daerah Tutong. Sama-samalah kitani menjaga harta benda kerajaan sebagaimana dalam Peraturan Kewangan FR501, FR502 , FR575, FR576 dan FR577.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong.