Saturday, June 20, 2009

Di Unit Kenderaan


Lawatan bagi memeriksa buku simpanan, menghapuskan HBK dari kira-kira serta melelong. tugas berjalan tanpa sebarang masalah. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Unit Penghapusan

13hb Jun 2009
Ibu Pejabat Unit Penghapusan dari Kira-kira
Kementerian Pendidikan

Thursday, May 28, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL ( JUN 2009 )

Lawatan seterusnya adalah bagi Jabatan / Unit dan Bahagian yang terdapat di Daerah Tutong.
Berikut adalah jadual lawatan tersebut sebagaimana yang telah diedarkan kepada pihak-pihak yang berkenaan ;

1) 15hb Jun 2009 ( Isnin )
Jabatan Sekolah-sekolah, Tutong ( & Stor JSST) - Sesi pagi - 9:00 pagi
Unit Pendidikan Khas, Tutong - Sesi Petang - 2:00 Ptg

2) 16hb Jun 2009 ( Selasa )
Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Tutong - Sesi pagi - 9:00 pagi
Unit Kenderaan dan pengangkutan, Tutong - Sesi ptg - 2:00 Ptg

3) 17hb Jun 2009 ( Rabu )
Jabatan Kenaziran sekolah-sekolah, Tutong - Sesi pagi - 9:00 pagi
Rancangan dan permakanan Sek-sek & Asrama - Sesi ptg - 2:00 Ptg

4) 18hb Jun 2009 ( Khamis )
Jab. Perancangan dan Pengurusan Estet Sesi Pagi - 9:00 pagi
Sistem Bermaklumat Komputer ( EIS ) Sesi Ptg - 2:00 Ptg

Sekali lagi Unit ini berseru agar bersiap sedia untuk dilawati seperti buku simpanan yang sudah dikemaskinikan serta diselia. Stor dan harta benda tersusun dan dijaga dengan selayaknya.
Terlebih dahulu Unit ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan pada sesi lawatan itu nanti.
Sebarang Pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit ini.

Tuesday, May 5, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL (MEMERIKSA BUKU SIMPANAN)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong akan membuat lawatan penuh di kesemua Jabatan/Bhg/Unit serta sekolah-sekolah Menengah & Rendah di Daerah Tutong, sebagaimana dalam jadual yang diedarkan.
Lawatan pemeriksaan ini akan merujuk buku simpanan abiskita serta harta benda yang di bawah kawalan abiskita.

Dari itu dipohonkan kerjasama semua pihak untuk melicinkan tugas-tugas ini. Sekolah yang akan dilawati pada bulan Mei adalah seperti berikut;



1) SR. Kg Bukit, Tut II ( 11/05/09)
2) SR. Bukit Udal, Tut II ( 12/05/09)
3) SR. Pg Muda Mahkota, Tut 1 ( 13/05/09)
4) SM. PDNPJ Sengkarai ( 14/05/09)
5) SR. Tutong Kem, Tut 1 ( 16/05/09)
6) SR. OKAWSD Kupang, Tut I ( 18/05/09)
7) SR. Panchong, Tut II ( 19/05/09)
8) SR. Muda Hashim, Tut I (20/05/09)

Lawatan bermula pada jam 9:00 pagi.

Diharap lawatan kerja ini akan mendapat kerjasama daripada semua Ketua-ketua Jabatan/Unit/Bhg, Para Pengetua dan juga Guru-guru besar di Daerah Tutong. Sama-samalah kitani menjaga harta benda kerajaan sebagaimana dalam Peraturan Kewangan FR501, FR502 , FR575, FR576 dan FR577.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong.

Wednesday, April 29, 2009

MENANGANI KES KEBAKARAN

LAWATAN KES KEBAKARAN
Rumah guru kelas 'F' ( Sek. Ren Sinaut, Tutong )

kejadian berlaku pada 23hb April 2009 kira-kira jam7 pm
Lawatan ini bagi memantau hartabenda kerajaan yang terbakar serusnya menerangkan serta berbincang dengan pihak sekolah mengenai laporan yang perlu dihantar ke pihak Unit penghapusan dari kira-kira.

Saturday, April 11, 2009

LAWATAN KERJA SEPADU ( UNIT PENGHAPUSAN )

Para Pegawai daripada Kuala Belait (WOKB) dan Temburong (WOTM)


Cg Zabidi (WOBSB ) sedang beraksi...



9hb April 2009
Khamis
Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Pusar Ulak
Kementerian Pendidikan
BSB


Kesemua Pegawai dan kakitangan Unit Penghapusan dari kira-kira bagi kempat-empat Daerah, telah membuat lawatan dan pemeriksaan hartabenda Kerajaan dibawah kawalan Kementerian Pendidikan, yang bertempat di Stor Unit Kenderaan kementerian Pendidikan. Pemeriksaan ini menumpukan pada memeriksa keadaan Stor tersebut dan terdapat banyak harta benda yang dimiliki oleh Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan yang belum lagi dipohonkan penghapusannya...

Setelah kerja-kerja selesai dibuat, Kesemua pegawai dan kaki tangan Unit ini, berkumpul di ibu Pejabat Unit Penghapusan bagi bacaan Doa selamat dan menikmati jamuan


Sebahagian daripada hartabenda yang ada


" Cuba liat dibawahnya atu " kata KR-WOTT ( yang tunduk dibelakang )



Menikmati jamuan yang tersedia


Diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dari kesemua Cawangan Unit ini.

.......BEKARIH, BEJARIH, BELURIH......

Monday, April 6, 2009

SR LONG MAYAN, TUTONG II
9:45 am 6hb April 2009.


Lawatan kerja daripada Pegawai Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong dan BSB. Lawatan bagi memantau harta benda kerajaan dan buku simpanan sekolah ini.


Sekolah ini difahamkan tidak akan beroperasi dan akan ditutup atas nasihat beberapa pihak.


Pada sesi lawatan ini, pemeriksaan buku simpanan telah dibuat dan diadakan perbincangan terbuka antara pihak sekolah dan Unit ini. Di antara perkara yang dibincangkan adalah tatacara mengemaskinikan buku simpanan , prosedur memohon penghapusan serta tatacara untuk memohon meroboh bangunan.Penerangan dibuat dengan lebih kompehensif merujuk pada perkara yang diajukan serta maksud TIR ( laporan Teknikal ) bagi peralatan eleterik.


Terima kasih kepada Pihak warga sekolah atas kerjasama yang diberikan selama ini.