Friday, August 28, 2009

MAJLIS BERTEDARUS KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan sekali lagi telah mengadakan Majlis bertedarus dan Tahlil sempena menyemarakkan bulan Ramadhan. Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikannya.
Masjid Kampong Bukit Panggal, Tutong telah dipilih untuk Majlis tersebut. Majlis ini merupakan acara tahunan Kementerian dan akan dilansungkan di keempat-empat Daerah selain di kediaman Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan sendiri.





Majlis diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Do'a Arwah serta penyampaian Wakaf daripada Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitanggan Kementerian Pendidikan.


WOTT1

Friday, August 21, 2009

Monday, August 17, 2009

Majlis Tahlil dan Perpisahan Pegawai Bersara

Khamis
13 Ogos 2009




Majlis dimulai dengan Acara bertahlil yang diketuai oleh Ketua Unit Daerah Temburong. Seterusnya dilansungkan majlis meraikan 2 orang pegawai Unit ini yang akan bersara iaitu Ketua penyelaras Unit Penghapusan, Cg Hj Mahali dan Cg Hjh Sharifah. Penyampaian Cenderahati disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit ini sendiri iaitu Pg Hj Metassan b. Pg Hj Jumat. Bacaan doa selamat diketuai oleh Ketua Unit Daerah Tutong.
Semoga jasa dan bakti Pegawai yang bersara akan dikenang dan dijadikan tauladan kepada yang masih berkhidmat. Mewakili semua pegawai dan kakitangan Unit Penghapusan dari Kira-kira, mengucapkan selamat bersara dan menempuh alam persaraan dengan tenang dan rahmat. Segala kesalahan dan kesilapan harap dimaafkan.





Thursday, August 6, 2009

Sesi Taklimat

Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tutong
5 Ogos 2009
2:15 pm

Hadir mendengar taklimat terdiri dari Timbalan-timbalan pengetua, Guru kanan dan guru-guru pengawas buku simpanan. Taklimat berjalan dengan baik dan mendapat sambutan melalui interaksi antara dua pihak. Sesi soaljawab dan penerangan secara praktik telah dibuat. Diharap dengan adanya sesi taklimat ini, pihak sekolah akan lebih memahami prosedur pengisian buku simpanan, penyemakkan, tatacara permohonan penghapusan serta penjagaan 7 pengawalan harta benda kerajaan dibawah kawalan masing-masing. Perkara ini berhubung kait dengan Peraturan Kewangan 1983. Diantaranya FR501, FR 575 dan FR576 , ketua Jabatan / Pengetua adalah bertanggungjawab setiap terhadap setiap harta benda dibawah kawalannya.

Pihak Unit Penghapusan dari kira-kira Tutong dan BSB, merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Dan tahniah pada Pihak sekolah atas inisiatif untuk mengambil perhatian dan maklum bagi membisaikan lagi buku simpanan dan HBK.

Saturday, August 1, 2009

LAWATAN KERJA BERJADUAL ( Ogos 09)

lawatan bagi bulan Julai sudah selesai dan berjalan dengan lancar. Rata-rata pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang baik. Pihak Unit merakankan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah jadual lawatan bagi bulan Ogos;
Lawatan bermula pada 9:00 pagi

1) Sabtu - 1 Ogos 2009 ( SM Muda Hashim Tutong)
2) Isnin - 3 Ogos 2009 ( SR. Lamunin )
3) Selasa - 4 Ogos 2009 ( SM Sufri Bolkiah )
4) Khamis - 6 Ogos 2009 ( SR Binturan )
5) Sabtu - 8 Ogos 2009 ( SR PKN Bukit Beruang )
6) Isnin - 10 Ogos 2009 ( SR Benutan )
7) Selasa - 11 Ogos 2009 ( SR PDN PJ Sengkarai )
8) Khamis - 13 Ogos 2009 ( SR Kiudang )
9) Sabtu - 15 Ogos 2009 ( SR Tumpuan Telisai )
10) Isnin - 17 Ogos 2009 ( SR Bukit Panggal )
11) Selasa - 18 Ogos 2009 ( SR Penapar )
12) Khamis - 20 Ogos 2009 ( SR Birau )
13) Isnin - 24 Ogos 2009 ( SR DPS Ukong )

Pihak Unit Penghapusan dari Kira-kira Tutong, berharap kesemua lawatan ini akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah. Pihak Unit juga menyarankan agar pihak sekolah akan bersedia untuk lawatan tersebut. Terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan nanti.
WOTT 1

Wednesday, July 29, 2009

Staf Baru di Unit Penghapusan dari Kira-kira, Tutong


WOTT

Abdul Rahman bin Hj Hassan

Pegawai Pelajaran

Mula berkhidmat di Unit ini

3 Jun 2009



Saturday, June 20, 2009

Jadual Lawatan Bulan Julai

Lawatan seterusnya sebagaimana jadual yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Tarikh dan institusi adalah seperti berikut;-

Bermula pada 9:00 pagi

1) SM Sayyidina 'Othman - 1/7/2009 ( Rabu )
2) SR. Batang Mitus - 2/7/2009 ( Khamis )
3) SR. Sinaut - 4/7/2009 ( Sabtu )
4) SR. Danau - 6/7/2009 ( Isnin )
5) SR. Layong - 7/7/2009 ( Selasa )
6) SR. Keriam - 9/7/2009 (Khamis )
7) SR. Lubok Pulau - 11/7/2009 ( Sabtu )
8) SR. Bakiau - 13/7/2009 ( Isnin )
9) SR Penanjong - 18/7/2009 ( Sabtu )
10) SR. AR Tanjong Maya - 22/7/2009 ( Selasa )
11) SR. Kg. Menengah - 27/7/2009 ( Isnin )
12) SM. RIPAS - 28/7/2009 ( Selasa )
13) SR Rambai - 30/7/2009 ( Khamis )

Diharap dengan adanya jadual ini, pihak sekolah akan lebih bersedia dan perihatin akan lawatan yang akan dibuat.
Sebelum itu, Pihak Unit tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan nanti.

WOTT 1