Monday, November 15, 2010

LAWATAN KE SR BUKIT PANGGAL, TUTONG I

(LAWATAN TIDAK BERJADUAL)




Tarikh: 15 November 2010M / 9 Zulhijjah 1431H


Hari: Isnin


Masa: 10.10 - 11.10 pagi







Tiga (3) orang pegawai iaitu wott1, wott3 & wott4 telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Bukit Panggal, Tutong I. Lawatan adalah bertujuan memantau harta benda kerajaan yang terdapat di sekolah tersebut. Lawatan telah diiring oleh tiga (3) orang guru pengawas sekolah tersebut.


LAWATAN KE SR PENGIRAN MUDA MAHKOTA, TUTONG I (KUALA TUTONG)

(LAWATAN TIDAK BERJADUAL)



Tarikh: 13 November 2010M / 7 Zulhijjah 1431H

Hari: Sabtu

Masa: 10.00 - 11.15 pagi






Empat (4) pegawai iaitu wott1, wott3, wott4 & Kr wott telah membuat lawatan ke SR PM Mahkota, Tutong I bagi memantau harta benda yang terdapat di sekolah tersebut. Lawatan tersebut telah diiring oleh dua (2) guru pengawas sekolah tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN KE SR BIRAU, TUTONG I

(LAWATAN TIDAK BERJADUAL)




Tarikh: 10hb November 2010M / 4 Zulhijjah 1431H

Hari: Selasa

Jam: 9.30 - 12.00 pagi


















3 orang pegawai wott1, wott3 dan wott4 telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Birau, Tutong I. Lawatan tersebut telah disambut baik oleh guru besar berkenaan. Unit kami sempat berbincang dengan guru besar, kerani dan beberapa guru pengawas sekolah tersebut mengenai "stock book" dan hal ehwal penghapusan.


Tuesday, November 9, 2010

LAWATAN KE SM SAYYIDINA 'OTHMAN, TUTONG (BUKIT BERUANG)

(Lawatan Tidak Berjadual)



Tarikh: 9 November 2010M / 3 Zulhijjah 1431H
Hari: Selasa
Jam: 10.00 - 12.15 pagi


wott1, wott3 & wott4 ketika perjumpaan dengan Pengetua & Timbalan Pengetua sekolah tersebut


Empat (4) orang pegawai iaitu wott1, wott3, wott4 & KRwott telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman, Tutong. Tujuan asal lawatan ini adalah memberi maklumat terperinci mengenai tatacara memohon penghapusan bagi harta benda kerajaan yang sudah rosak dan tidak digunapakai. Lawatan ini diteruskan dengan memantau keadaan harta benda kerajaan yang terdapat di sekolah tersebut. Dalam sesi perjumpaan dengan Pengetua & Timbalan Pengetua sekolah tersebut, unit ini telah memberikan maklumat berkaitan dengan pengendalian harta benda kerajaan. Unit ini juga telah memberikan maklumat tersebut dalam bentuk "software" bagi memudahkan pihak sekolah merujuk hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian harta benda kerajaan terutama bahagian penghapusan.


wott1, wott3 & KRwott dengan Timbalan Pengetua & seorang guru pengawas sukan sekolah tersebut


Friday, November 5, 2010

LAWATAN KE SR BAKIAU, TUTONG I & SR BATANG MITUS, TUTONG I

(Lawatan Tidak Berjadual)


Tarikh: 1 November 2010 / 24 Zulkaedah 1431H
Hari: Isnin
Jam: 9.45 - 10.45 pagi (SR Bakiau, Tutong I)
Jam: 11.00 - 12.00 pagi (SR Batang Mitus, Tutong I)






wott1 & wott3 ketika sesi perjumpaan dengan Guru Besar SR Bakiau, Tutong I



Guru Besar dan 4 guru pengawas dari SR Bakiau, Tutong I








Sesi perjumpaan dengan 3 guru pengawas SR Batang Mitus, Tutong I





3 orang pegawai daripada Unit Penghapusan Dari Kira-Kira (Cawangan Tutong) telah membuat sesi lawatan ke SR Bakiau, Tutong I & SR Batang Mitus, Tutong I bertujuan memantau harta benda kerajaan yang terdapat di sekolah tersebut di samping memberikan maklumat serta nasihat mengenai penjagaan harta benda kerajaan, ini termasuk tatacara pengisian Buku Simpanan (Stock Book) dan tatacara memohon penghapusan.

SAKSI PENYERAHAN TUGAS MEROBOH BANGUNAN RUMAH GURU DI SR SINAUT, TUTONG I

Tarikh: 2 November 2010M / 25 Zulkaedah 1431H

Hari: Selasa

Jam: 9.45 - 10.45 pagi





Bergambar ramai yang terdiri daripada wott1 & wott3, pegawai-pegawai dari Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet dan Guru Besar SR Sinaut, Tutong I



3 pegawai daripada Unit Penghapusan Dari Kira-Kira (Cawangan Tutong) telah menghadirkan diri bagi menyaksikan penyerahan bagi merobohkan bangunan "1 Blok, 2 Unit, PWD 129 Rumah Guru Class F (berkembar) di SR Sinaut, Tutong I oleh Jabatan Perancang Dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan kepada Syarikat Dyg Norislamiah bte Abdullah dan Anak-anak.

Monday, October 25, 2010

TAKLIMAT SM SUFRI BOLKIAH

LAWATAN KERJA TIDAK BERJADUAL ( TAKLIMAT )

Pada 14 Oktober, 2010
Hari khamis
Jam 2:15 Petang

Beberapa orang pegawai daripada Unit Penghapusan dari Kira-kira , Cawangan Daerah Tutong telah mengadakan sesi taklimat mengenai tatacara pengendalian menjaga harta benda kerajaan sebagaimana peraturan Kewangan Negara Brunei Darussalam 1983.

Perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut adalah
1) Tataacara pengisian buku simpanan.
2) Tatacara permohonan untuk menghapusakan harta benda kerajaan dari kira-kira.