Tuesday, February 16, 2010

Bengkel Unit Penghapusan Sesi Pertama

BENGKEL

TATACARA PENGISIAN BUKU SIMPANAN

DAN

PERMOHONAN PENGHAPUSAN HARTABENDA KERAJAAN DARI KIRA-KIRA

Sebagaimana Yang diberigakan kepada Semua Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit, Para Pengetua dan Guru-guru Besar, Daerah Tutong, bahawa kesinambungan daripada Taklimat pada 28 Januari 2010 dan 4 Feb 2010, Bengkel untuk guru-guru akan dikendalikan sebagimana tarikh-tarikh yang telah dinyatakan dan diedarkan.

Pada 11 Feb 2010 yang lepas, kumpulan sesi pertama telah usai menghadiri bengkel sebagaimana mengikut jadual. Para peserta bengkel akan mengongsikan perolehan daripada bengkel tersebut bersama rakan setugas mereka.

Institusi yang hadir pada sesi pertama adalah

1) SR. Tutong Kem, T1

2) SR Kampong Bukit, T2

3) SM. Tanjong Maya, Tutong

4) Jabatan Sekolah-sekolah, Tutong.

Bengkel yang dikendalikan adalah berfokus kepada 1) Tatacara pengisian buku simpanan dan prosedur penyemakkannya

                                                                                                  2) Tatacara catatan pemakaian barang-barang pakai habis

                                                                                                  3) Kaedah permohonan penghapusan hartabenda kerajaan

 

DSC01442 DSC01427 DSC01428 DSC01429 DSC01430 DSC01433 DSC01441 Unit ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan komitmen yang ditunjukkan sewaktu bengkel berlansung

WOTT 1

No comments:

Post a Comment